24 Pelajar cemerlang SPM Tanjung Manis terima imbuhan

SARIKEI: Seramai 24 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima insentif pelajar cemerlang daripada Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab.

Mereka terdiri daripada 18 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei Baru dan tiga orang masing -masing dari SMK Belawai serta SMK Semop.

Kesemua penerima mendapat 5A dan ke atas.

Sehubungan itu, beliau meluahkan rasa syukur dan bangga kepada semua pelajar yang berjaya meraih keputusan baik walaupun menempuh pelbagai cabaran dalam norma baharu akibat penularan Covid -19.

Pada masa yang sama, beliau berkesempatan berkongsi pengalaman beliau dalam zaman persekolahannya.

“ Galakan serta kata-kata semangat diberikan kepada semua penerima agar terus berusaha dalam meningkatkan usaha dan prestasi setelah melanjutkan pelajaran atau melangkah ke alam pekerjaan.

“Saya mendoakan agar kesemua pelajar khususnya dalam kawasan Parlimen Tanjung Manis terus berdaya saing dan berjaya dalam semua aspek,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak