26 pelajar Sarawak di Sekolah Sukan Malaysia, Sabah dibawa pulang

KUCHING: Seramai 26 pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah yang berasal dari Sarawak, yang terkandas di Kota Kinabalu selepas sekolah diarah tutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 1 Jun lalu, telah diterbangkan pulang ke negeri ini semalam.

Terdahulu, kesemua pelajar diterbangkan dari Kota Kinabalu menerusi penerbangan MH2607 pada jam 4.55 petang 7 Jun dan tiba di KLIA jam 7.30 malam semalam serta disambut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Sekolah, Datuk Adzman Talib. S

etibanya di Kuala Lumpur mereka ditempatkan di Hotel Tune KLIA2 dengan penginapan serta makan minum pelajar diuruskan Sarawak Volunteers dan Rumah Sarawak di Kuala Lumpur.

Kepulangan pelajar berkenaan dengan penerbangan MH2536 melalui KLIA pada jam 2.05 petang, diuruskan Kerajaan Sarawak melalui Rumah Sarawak di Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak