29 daerah berstatus merah di Sarawak

KUCHING: Daerah Marudi kembali berstatus jingga daripada merah apabila merekodkan 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah berkurang kepada 29 daerah.

“Daerah Matu pula telah bertukar kepada status jingga daripada status kuning setelah merekodkan 30 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menjelaskan, ia menjadikan jumlah daerah berstatus jingga meningkat kepada empat daerah, tujuh daerah berstatus kuning dan tiada daerah berstatus hijau.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak