4 lagi kawasan di Sarawak dikenakan PKPD

KUCHING: Empat lagi kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia melibatkan Rumah Setinggan Sebatang Kelapa, Bintulu (14 hingga 27 Jun 2021), Kampung Muara Tebas, Kuching (16 hingga 29 Jun 2021), PKPD Kampung Goebilt, Kuching (16 hingga 29 Jun 2021) dan Rh. Lasit, Sg Sare, Sarikei (16 Jun hingga 02 Julai 2021).

Sementara, katanya pelanjutan PKPD turut dibuat bagi Kuarters Pekerja Zedtee Plywood, Tatau (16 hingga 22 Jun 2021) dan Rh. Demong anak Li, Batu 8, Jalan Maskat, Labang, Sebauh (16 hingga 22 Jun 2021).

Pada masa sama, sembilan kawasan PKPD ditamatkan iaitu melibatkan Rh. Lingga, Sungai Selangan, Sarikei, Kampung Tambirat, Asajaya, Rh. Aling Selepong Lop, Sri Aman, Rh. Aji Sungai Ban, Sri Aman dan Rh. Jerry Lai, Kampung Siga, Sri Aman.

Selain itu Rh. Sli, Ulu Menuan, Batang Rajang, Kapit, Rh. Thomas Settian, Skim B, Bintangor, Sarikei, Rh. Seripah, Nanga Bekakap, Pakan dan Rh. Kelambu, Nanga Bekakap, Pakan.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak