588 kes baharu Covid-19, lima kematian

KUCHING: Sarawak merekodkan 588 kes baharu Covid-19 dengan lima kematian melibatkan warga emas, hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, sejumlah 284 atau 48.30 peratus daripada jumlah kes positif yang dilaporkan tersebut dikesan di Daerah Kuching, Miri, Sarikei dan Sibu.

Menurutnya, daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (106), Miri (67), Sarikei (61), Sibu (50), Samarahan (41), Tatau (38), Bintulu (35), Selangau (24), Asajaya (23), Sri Aman (22), Kapit (21), Bau (18), Beluru (11), Simunjan (11), Kanowit (10), Betong (7), Pakan (6), Marudi (6), Pusa (5), Subis (5), Dalat (5), Meradong (4), Mukah (4), Serian (3), Lundu (3) dan Sebauh (2).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 48,620,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Tambah JPBN, daripada 588 kes baharu yang dilaporkan itu, seramai 70 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 481 orang kes adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” ujarnya.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan susulan penambahan lima kes kematian yang dilaporkan hari ini ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 telah meningkat kepada seramai 305
orang.

Sebagai rekod, warga emas yang meninggal dunia tersebut melibatkan mereka yang berusia 83 tahun (kematian ke-301, kes ke-47,491); 69 tahun (kematian ke 302, kes 37,238); 66 tahun (kematian ke-303, kes 39,461); 64 tahun (kematian ke-304, kes 46,918; 75 tahun (kematian ke-305, kes 43,766).

Dalam hal berkaitan, JPBN menyatakan terdapat 427 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 39,750 orang atau 81.76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.

“Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 8,456 orang.

“Manakala, 588 individu di bawah siasatan (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal,” jelasnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak