67 dikompaun langgar SOP

KUCHING: Polis telah mengeluarkan sebanyak 50 kompaun kepada orang awam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia melibatkan daerah Kuching (13), Bintulu (12), Padawan (11), Miri (5), Sibu (3), Kapit (2), Marudi (2), Sarikei (1) dan Kota Samarahan (1).

Antara perlanggaran SOP yang dilakukan ialah berada di tempat awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah (15), menjalankan aktiviti terlarang semasa PKP (14), membawa penumpang melebihi had (5) dan membuka premis yang tidak dibenarkan beroperasi (5).

Selain itu tidak mengimbas MySejahtera semasa masuk premis (3), berkumpul dan tiada penjarakan fizikal (3), tidak memakai pelitup muka (3), gagal menghadkan jumlah pelanggan masuk ke premis (1) dan rentas daerah tanpa permit (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,809 kompaun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, JPBN berkata Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula telah mengeluarkan 17 kompaun kerana melanggar SOP.

Katanya lapan kompaun dikeluarkan oleh Majlis Daerah (MD) Bau, Majlis Daerah Kapit (6), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (2) dan Majlis Bandaraya Miri (1).

Kesalahan-kesalahan yang dikesan ialah seperti tidak mengemas kini buku daftar atau buku daftar tidak lengkap (7), tiada penjarakan fizikal (6), beroperasi tanpa kebenaran (2), tidak mendaftar MySejahtera/buku daftar (1) dan tidak menggunakan pelitup muka (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,038
kompaun.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak