ACE Pictures bakal filemkan kisah juara dunia Nicol David

SELAKU bintang sukan tersohor negara, kisah Datuk Nicol David akan difilemkan dalam satu biopik berjudul I am Nicol David. Juara dunia lapan kali itu membuat pengumuman itu di laman media sosialnya malam kelmarin, yang menjadikan pengikutnya teruja.

“Saya selalu mengimpikan satu hari nanti untuk menceritakan kisah saya dan mampu memberi inspirasi kepada setiap orang untuk bekerja keras mencapai apa yang mereka mahukan.

“Ia sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Saya sungguh bertuah, berpeluang bekerjasama dengan yang berkongsi perasaan ini. “Saya tidak sabar untuk memulakannya!

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak