Akhirnya Tok Mat tinggalkan PSM

DATUK Seri Ahmad Ismail telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkuat kuasa kelmarin.

Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Tok Mat yang telah memegang tampuk kepimpinan PSM sejak 27 Disember 2002, berkata keputusan itu dibuat atas rasa tanggungjawab terhadap konflik melanda badan induk sukan berkenaan sejak akhir-akhir ini “Pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti, namun PSM harus dipertahankan, ini harapan saya,” katanya dalam satu program disiarkan Astro Arena, PM Bersama AM.

Sehubungan itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli gabungan terhadap kerjasama baik diberikan mereka terhadap program atau kejohanan dianjurkan PSM selama ini termasuk Sepak Takraw League.

Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) pada 20 Mei lepas menyingkirkan PSM sebagai ahli gabungan badan induk itu berkuat kuasa serta-merta, selepas didapati bersalah ekoran tindakan Ahmad atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 24 Feb lepas.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak