Aktiviti pelancongan sukan selepas pandemik reda

KUCHING: Persatuan Kecergasan Kuching (PKK) yakin mampu menarik ramai pelancong ke Sarawak setelah pandemik Covid-19 semakin terkawal.

Ini sekali gus merancakkan kembali industri pelancongan dengan mengadakan lebih banyak kejohanan sukan larian lasak bertaraf dunia.

Presiden PKK, Carter Wei berkata, mereka mempunyai kerjasama yang baik dalam pihak Kejohanan Spartan Antarabangsa dan ini membuka ruang untuk pelbagai anjuran kejohanan sukan larian lasak ke negeri ini.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mempromosikan Sarawak ke peringkat antarabangsa. Selepas pandemik, pastinya ramai yang ingin memulakan aktiviti pelancongan ke luar negara.

“Oleh itu, kita ingin mengadakan kejohanan peringkat antarabangsa di sini bagi menarik kemasukan pelancong asing ke Sarawak.

“Ia bakal menghidupkan kembali industri pelancongan tempatan,” katanya semasa ditemu bual oleh Suara Sarawak.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak