Aktiviti rekreasi, senaman ringan dibenarkan di kawasan kejiranan sahaja

KUCHING: Aktiviti sukan dan rekreasi seperti jogging serta senaman ringan dibenarkan untuk kawasan kejiranan masing-masing ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 Jun ini.

Perkara tersebut merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 31 Mei lalu.

Dalam SOP PKP itu menyatakan, bagaimanapun semua aktiviti sukan dan rekreasi yang lain masih tidak dibenarkan.

Selain itu, semua premis kolam renang dan semua taman serta kawasan-kawasan riadah serta rekreasi juga tidak dibenarkan beroperasi.

Ia juga termasuk aktiviti massa melibatkan pergerakan dan perkumpulan ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal dalam satu-satu masa seperti “fun run, fun ride, marathon, triathlon” dan sebagainya.

Dalam pada itu, menjelas tentang SOP aktiviti pelancongan dan kebudayaan, tempat-tempat tarikan pelancong seperti zoo, ladang, akuarium, pusat pendidikan, taman rekreasi, taman rekreasi (extreme/adventure/nature parks dan lain-lain) juga tidak dibenarkan beroperasi.

Senarai itu juga melibatkan, muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak