Belum ada daerah kembali ke status hijau

KUCHING: Jumlah daerah berstatus kuning meningkat kepada sepuluh daerah apabila daerah Julau dan Saratok masing-masing kembali kepada status kuning, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daerah Julau dan Saratok masing-masing merekodkan hanya 18 dan 19 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Ini sekali gus menjadikan daerah berstatus jingga menurun kepada dua daerah sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, JPBN memaklumkan sebanyak 28 daerah lagi kekal berstatus merah dan tiada daerah dikategorikan sebagai status hijau.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak