Cawangan KWSP seluruh negara ditutup sehingga PKP 3.0 ditamatkan

KUALA LUMPUR: Pejabat dan kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara akan kekal ditutup sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dari 15 hingga 28 Jun bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh ini akan dibatalkan, kata dana pencen itu dalam satu kenyataan semalam.

“Ahli KWSP perlu membuat janji temu semula pada tarikh selepas tempoh sekatan pergerakan penuh berakhir jika ada keperluan untuk hadir di cawangan KWSP.

“Janji temu bagi pengeluaran umur 50, 55, 60, dan hilang upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP mula beroperasi semula,” katanya.

Bagi ahli KWSP yang telah memohon pengeluaran dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran dan cek jurubank, cawangan KWSP yang berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran atau melengkapkan transaksi pengeluaran tersebut di cawangan yang dipilih oleh mereka.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak