Covid-19: Tujuh kematian, 536 kes baharu di Sarawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 536 kes baharu positif Covid-19 dan tujuh kematian melibatkan warga emas, hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 58,570.

“Setakat hari ini, daerah yang merekodkan kes jumlah kes tertinggi adalah Sibu (115), diikuti Kuching (60), Kanowit (52), Bintulu (40), Bau (30), Tebedu (28), Julau (24), Miri (21), Kapit (21), Sri Aman (17), Song (17), Sarikei (16), Pakan (14) dan Subis (13).

“Manakala, Samarahan (10), Telang Usan (8), Serian (8), Beluru (7), Sebauh (5), Lubok Antu (5), Tatau (4), Selangau (4), Meradong (4), Mukah (4), Asajaya (3), Bukit Mabong (3), Tanjung Manis (2) dan Dalat (1),” kata JPBN menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan daripada tujuh kes kematian yang direkodkan tersebut masing-masing tiga dilaporkan di Hospital Bintulu dan Hospital Sibu manakala satu di Hospital Miri.

“Kesemua mangsa tersebut berusia antara 70 hingga 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

“Susulan penambahan kes kematian akibat jangkitan Covid-19 hari ini, ia menjadikan jumlah kes telah meningkat kepada 373 orang,” ujarnya.

Menjelas lanjut, JPBN menyatakan setakat hari ini juga terdapat 547 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan sebanyak 48,132 orang atau 82.18 peratus individu sembuh di negeri ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak