Daerah berstatus merah di Sarawak menurun

KUCHING: Daerah berstatus merah di Sarawak berkurangan kepada 29 hari ini, apabila Kabong kembali kepada status

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia apabila daerah berkenaan merekodkan sejumlah 29 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah berkurang kepada 29 daerah dan daerah berstatus jingga sebanyak tiga daerah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan daerah Dalat kembali ke status kuning daripada status jingga setelah merekodkan sejumlah 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning telah meningkat kepada tujuh daerah.

Manakala satu daerah kekal berstatus hijau.

Suara Sarawak