Diskaun cukai untuk penyumbang ke akaun Amanah Bencana

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) memaklumkan bahawa semua sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana oleh individu mahupun syarikat korporat layak mendapat potongan cukai.

MoF berkata, ia adalah selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan syarat sumbangan disokong oleh resit rasmi Kerajaan (Kew. 38) ataupun dokumen pengesahan/ resit urus niaga bagi sumbangan yang dikreditkan melalui saluran-saluran sistem perbankan rasmi.

Akaun Amanah Bencana itu ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, kata MoF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh wakil daripada MoF, Jabatan Akauntan Negara, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak