KUCHING: Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
Beliau menggantikan Dr Chin Zin Hing yang bersara wajib pada 21 Mei lalu selepas lebih tiga dekad berkhidmat dalam bidang kesihatan kepada rakyat negeri ini.
Perkara tersebut dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebooknya.
“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed yang dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Sarawak yang baharu berkuat kuasa mulai 14 Jun.
“Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan JKN Sarawak dapat diteruskan.” katanya.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Jun 2021