Dua kluster baharu akibat pergerakan sosial

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) hari ini telah mengisytiharkan dua lagi kluster baharu dikesan di Sarawak iaitu Kluster Kampung Sungai Agas dan Kluster
Jalan Sungai Tapang, di sini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kluster Kampung Sungai Agas merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di sebuah penempatan yang berpunca daripada pergerakan rentas daerah dan kontak rapat setelah menghadiri upacara pengebumian saudara terdekat di Sri Aman.

“Sejumlah 30 individu telah disaring, 16 kes telah dikesan positif Covid-19, lapan kes didapati negatif dan enam kes masih menunggu keputusan makmal,” kata JPBN menerusi kenyataan hari ini.

Tambah JPBN, Kluster Jalan Sungai Tapang pula merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat pembersihan swasta yang berpunca berpunca daripada pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja dan ahli keluarga kes.

“Sejumlah 236 individu telah disaring, 31 kes telah dikesan positif Covid-19, 199 kes didapati negatif dan enam kes masih menunggu keputusan makmal,” ujarnya


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak