Engkilili terputus bekalan elektrik lebih lima jam

KUCHING: Seramai 500 penduduk di Engkilili dan sekitarnya mengalami gangguan bekalan elektrik apabila kontraktor pihak ketiga Lebuh Raya Pan Borneo merosakkan tiang elektrik 11kV pada 2 Jun lalu.

Berikutan kejadian tersebut, penutupan kecemasan dilakukan pada jam 8 malam pada hari yang sama untuk kerja pembaikan sementara, genset mudah alih digerakkan untuk menyediakan bekalan elektrik sementara untuk Klinik Kesihatan Engkilili.

Bekalan elektrik berjaya dipulihkan lima jam kemudian.

Kontraktor yang bertanggungjawab telah diarah untuk menghentikan kerja mereka dan diberikan surat amaran.

Salinan surat tersebut turut diberikan kepada Kementerian Utiliti, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, agensi berkaitan dan pemilik projek untuk tindakan selanjutnya.

Pengurus Wilayah Bahagian Barat Sarawak Energy Choo Min Chong berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesemua kontraktor harus melakukan perkara yang sama. “Ini protokol standard untuk mengeluarkan surat amaran segera dan arahan menghentikan kerja. Taklimat keselamatan juga diberikan kepada kontraktor apabila situasi berbahaya berlaku di lokasi.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak