FMM gesa aktiviti import, eksport dibenarkan

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk membenarkan aktiviti sektor import dan eksport diteruskan termasuk pelabuhan, pergudangan dan penghantaran barang sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

Dalam kenyataan, FMM turut berharap agar industri pembuatan dengan pesanan eksport berkontrak akan dibenarkan beroperasi pada kapasiti 50 peratus, meskipun tidak terbabit dalam sektor ekonomi perlu.

Ia turut menyarankan kerajaan memberi kebenaran kepada industri yang menjalankan penyelenggaraan loji, sambil menambah, mereka yang mempunyai relau dan tanur yang perlu beroperasi selama 24 jam seminggu dan tidak boleh dihentikan, mesti dibenarkan beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja 20 peratus.

Dalam hal ini, FMM sedar bahawa kerajaan selama ini sentiasa mengekalkan keseimbangan antara melindungi nyawa dan punca pendapatan, namun, lonjakan jumlah kes pada minggu ini menyebabkan tindakan mengenakan sekatan pergerakan penuh itu di buat.

Menurut FMM, ia turut menarik nafas lega dengan kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat bahawa Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak