Haji: Hanya berurusan dengan pihak berdaftar

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berurusan hanya dengan individu dan syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkaitan haji, terutama perkhidmatan badal haji memandangkan risiko kegiatan penipuan semasa tempoh pandemik Covid-19.

Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Mohd Azri Abd Razak berkata sebarang pertanyaan berkaitan ibadat itu termasuk pakej yang berkaitan juga hanya perlu dikemukakan kepada syarikat pelancongan berdaftar yang mempunyai lesen Umrah serta secara terus dengan panel Tabung Haji. “Bayaran untuk pakej haji dan badal haji mestilah pada harga yang berpatutan dan sesuai dengan keadaan semasa dengan mengambil kira pandemik,” katanya dalam satu kenyataan semalam

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak