Harimau Malaya belum berjaya berhadapan UAE

KUNJUNGAN skuad kebangsaan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi berakhir dengan keputusan memalukan, selepas tewas 4-0 kepada pasukan tuan rumah pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai.

Gandingan penyerang prolifik Ali Mabkhout dan Fabio De Lima, masing-masing meledak dua gol untuk melengkapkan kejayaan UAE di Stadium Zabeel, Dubai, sekali gus melakar kemenangan kedua skuad ‘The Whites’ itu ke atas skuad kebangsaan, dalam saingan kempen kelayakan itu.

Pada aksi tersebut, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe bukan sahaja melihat skuad Harimau Malaya terbaiknya yang dibarisi pemain naturalisasi dan pemain kacukan terbaru negara bergelut dengan tahap kecergasan, malah mereka gagal mencapai keserasian sepanjang 90 minit permainan.

Perbezaan ketara antara kedua-dua pasukan jelas dapat dilihat, apabila skuad kebangsaan lebih pasif seawal minit pertama permainan, berbanding UAE yang tampil lebih berkeyakinan di segenap bahagian dengan menyajikan permainan tersusun.

Aksi longlai skuad kebangsaan itu dihidu UAE, untuk mencipta beberapa gerakan menarik sehingga memaksa penjaga gol Mohd Farizal Marlias bekerja keras menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya, termasuk menepis rembatan Khalil Ibrahim pada minit ketujuh, dalam situasi satu lawan satu.

Ali yang meledak dua gol untuk membantu UAE mengatasi Malaysia 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada September 2019, terus menjadi mimpi ngeri barisan pertahanan negara, apabila dengan mudah melepasi kawalan Mohd Aidil untuk meledak gol pembukaan pada minit ke-19.

 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak