Imunisasi sektor swasta: PM, menteri adakan lawatan ke kilang

AMPANG: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, YB Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr. Adham Baba, bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin telah membuat lawatan kerja ke Texas Instruments Malaysia Sdn. Bhd di Ampang tengah hari semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Lawatan kerja ini adalah mengenai Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Jelansya, buat pertama kalinya PIKAS telah dilancarkan di Texas Instruments Malaysia Sdn. Bhd untuk Fasa 4 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mempercepatkan program imunisasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“PIKAS ialah program imunisasi kerjasama awam-swasta yang menyasarkan golongan pekerja di mana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah dipertangungjawabkan untuk menyelaraskan imunisasi pekerja bagi sektor pembuatan,’ kata KKM.

Katanya, PIKAS ini juga turut diperkenalkan berikutan cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana untuk membantu Kerajaan menyegerakan imunisasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Suara Sarawak