Jangan sembarangan masuk ke dalam kawasan PKPD

MIRI: Tiada individu atau mana-mana pihak dibenarkan memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Beluru tanpa sebarang permit atau kelulusan.

Menteri bertanggunggjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, ia termasuk menyalurkan bantuan atau sumbangan makanan.

“Jika mereka ingin menghantar bantuan atau sumbangan di kawasan PKPD Beluru perlu membuat permohonan atau berhubung dengan JPBB bahagian atau daerah atau melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengulas aduan terdapat pihak yang memasuki lokaliti yang telah dikenakan perintah PKPD dalam Daerah Beluru tanpa kebenaran.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021

Suara Sarawak