Kantoi curi buah sawit

MIRI: Dua lelaki tempatan ditangkap kerana disyaki mencuri buah kelapa sawit dari sebuah kebun di Kampung Kelulit, Bekenu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 49 tahun ditahan di Sepupok, Niah susulan laporan polis yang dibuat oleh pemilik kebun terbabit, yang melihat mereka mengambil buat sawit dari kebunnya pada Isnin lalu.

“Lebih daripada 400 kilogram buah sawit dianggarkan bernilai RM355 dilaporkan hilang dalam kejadian itu,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Menjelas lanjut, Hakemal berkata suspek pertama ditahan di bandar Sepupok kira-kira jam 5 petang semalam.

Katanya penangkapan suspek kemudian membawa kepada tangkapan suspek kedua, tidak sampai 30 selepas itu.

Turut disita sebuah pikap yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk mencuri buah sawit tersebut.

Hakemal berkata hasil siasatan lanjut, salah seorang suspek menjual buah sawit tersebut ke kilang kelapa sawit berhampiran menggunakan nama bapanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak