Kebajikan rakyat menjadi keutamaan

KUCHING: Pemberian peruntukan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan membuktikan Kerajaan Persekutuan komited dengan pendekatan prihatin rakyat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan yang sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan tanpa mengira latar belakang politik.

Justeru, katanya pemberian peruntukan ini akan membolehkan Ahli Parlimen membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid-19 di kawasan masing-masing.

“Ini akan membolehkan rakyat di semua kawasan dapat dibantu dalam keadaan sukar seperti sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak