Kedai buku, alat tulis dibenar beroperasi

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan membenarkan kedai buku dan alat tulis beroperasi.

“Kedai buku dan alat tulis dibenarkan untuk beroperasi mengikut syarat tempoh operasi yang ditetapkan untuk sektor perkhidmatan, ekonomi, industri termasuk sektor-sektor dan aktiviti-aktiviti lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, JPBN turut melanjutkan waktu operasi bagi premis yang menjual makanan dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

Bagaimanapun, individu atau kumpulan individu adalah tidak dibenarkan berada di kawasan awam mulai jam 12.01 pagi hingga 5 pagi tanpa alasan yang munasabah.

Menurut JPBN, penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) ini berkuat kuasa pada 29 Jun (esok), selaras dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Suara Sarawak