Kehadiran Sabri bantu kukuhkan bahagian tengah SUFC

KEM Sarawak United FC (SUFC) dilihat lebih mantap dalam mengharungi aksi pusingan kedua Liga Premier 2021.

Kemasukan pemain kelahiran Sabah, Sabri Sahar, 28 secara pinjaman memberikan kekuatan tambahan buat Sarawak.

Penolong Jurulatih SU FC, Safri Amit memberitahu, Sabri Sahar seorang lagi muka baharu diserap ke dalam skuad ini selepas pemain kacukan Malaysia/Perancis iaitu Mathias Mansor, 24.

“Dia (Sabri Sahar) beraksi di posisi tengah. Beliau seorang yang kreatif dan cukup berpengalaman,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Pernah bermain dengan Sarawak untuk satu musim (2015) selain pernah menyarung jersi Negeri Sembilan (2016) sebelum kembali ke pangkuan pasukan negeri kelahirannya pada 2017.

Berbekal pengalaman luas dimilikinya, Safri yakin ayam tambatan baharu SUFC berupaya membentuk satu kombinasi hebat pada saingan sebenar kelak.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak