KPDNHEP pastikan bekalan minyak masak mencukupi di pasaran

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melantik sejumlah 402 pemborong di seluruh Sarawak bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsidi mudah diperolehi di pasaran.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Sarawak Mogan Arumugam berkata, setakat ini terdapat 13 buah syarikat pembungkus minyak masak di Kuching, Bintulu dan Miri dengan jumlah pengedaran sebanyak 3,917 metrik tan minyak masak bersubsidi setiap bulan.

“Dalam pada itu terdapat 271 Peruncit Daerah Terpilih (DDR) dan 84 Pemborong Daerah Terpilih (DDW) turut dilantik bagi memastikan bekalan keperluan asas termasuk minyak masak di pasaran tidak terputus,” tanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, KPDNEHP akan sentiasa memantau seluruh rantaian pengedaran dan pembekalan barangan serta perkhidmatan di seluruh negeri bagi memastikan bekalan barang keperluan mudah diperolehi di pasaran.

“Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan setiap hari oleh 178 pegawai penguat kuasa dan 101 pegawai pemantau harga di seluruh cawangan KPDNHEP Sarawak

“Antara lain supaya tiada pihak mencatut sehingga mengakibatkan peningkatan harga barangan di pasaran khususnya sewaktu krisis pandemik Covid-19 ini,” ujarnya.

Menurutnya, sebanyak 25 Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan dan Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan sejak 9 Jun lalu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak