Lebih 2,000 divaksin pada fasa kedua

SARATOK: Dianggarkan lebih 2,000 warga Saratok bakal menerima dos pertama suntikan vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula Jumaat lalu sehingga 14 Jun depan.

Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju memberitahu, program vaksinasi secara besar-besaran akan bermula sebaik bekalan vaksin diterima setiap minggu.

“Sepanjang 11 hari ini, dianggarkan lebih 2,000 warga Saratok akan menerima dos pertama suntikan vaksin Pfizer Biontech dan Sinovac.

“Fasa kedua ini memberi keutamaan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas serta golongan berisiko tinggi.

“Justeru itu, saya menyatakan kesediaan untuk membantu kelancaran proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Krian dalam apa jua cara,” katanya selepas meninjau suasana di PPV di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak