Lelaki pecah masuk sebuah pasar raya ditahan

BINTULU: Seorang lelaki tempatan yang memecah masuk sebuah pasar raya di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini, awal pagi tadi direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata suspek berumur 37 tahun itu ditahan anggota polis IPD Bintulu sejurus menerima aduan daripada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan yang memaklumkan terdapat seorang lelaki tidak dikenali berada di dalam premis pasar raya tersebut.

Semasa tangkapan dibuat, katanya, suspek cuba melarikan diri.

Dalam usaha melarikan diri, suspek telah merosakkan beberapa barangan di dalam premis berkenaan, ujarnya.

Menurut Zulkipli lagi, hasil pemeriksaan mendapati siling pasar raya telah pecah, penyaman udara dan beberapa barang jualan di dalam pasar raya turut rosak akibat dipukul oleh suspek.

“Suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak