Liga Malaysia disambung 3 Julai

TUMPUAN peminat bola sepak tanah air akan kembali kepada saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bersambung bulan depan selepas berakhirnya kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan kempen Liga Premier akan bermula 3 Julai manakala tirai Liga Super kembali bersambung pada 24 Julai.

Bagaimanapun, Ab Ghani berkata beberapa pindaan jadual terpaksa dilakukan selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bermain dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta Kedah Darul Aman (DA) FC dan Terengganu FC (TFC) yang bersaing dalam kempen Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus pulang ke tanah air.

“Pindaan jadual Liga-M juga tidak dapat dielakkan selepas JDT yang akan mengharungi kempen ACL di Thailand dikehendaki kuarantin 14 hari selepas pulang ke tanah air manakala Kedah DA FC dan TFC yang akan beraksi dalam Piala AFC dijangka menjalani prosedur kuarantin sama namun sehingga kini AFC masih belum menetapkan tarikh dan venue baharu bagi kejohanan berkenaan,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak