Marudi kini berstatus merah, tiga lagi kluster baharu

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) hari ini mengisytiharkan tiga kluster baharu melibatkan komuniti iaitu masing-masing satu di Daerah Tebedu, Serian dan Meradong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia adalah Kluster Mongkos 2 di Tebedu, Kluster Tebakang Dayak di Serian dan Kluster Sungai Banun di Meradong.

“Kluster Mongkos 2 adalah kluster komuniti dan kluster kedua melibatkan lokaliti yang sama selepas kluster pertama diisytiharkan tamat pada 14 Jun lalu dengan 56 kes positif Covid-19.

“Setakat hari ini sejumlah 70 individu telah disaring dan 22 kes telah dikesan positif,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN berkata Kluster Tebakang Dayak telah melaporkan sejumlah 18 kes positif, manakala Kluster Sungai Banun mencatatkan 20 kes positif setakat hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN berkata Kluster Nanga Tajam, Selangau diisytiharkan tamat menjadikan sebanyak 95 kluster masih aktif di Sarawak.

“Sementara Simunjan bertukar ke status jingga dari status kuning, Marudi pula bertukar merah dan hanya satu daerah sahaja yang kekal berstatus hijau iaitu Limbang,” ujar JPBN.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak