Mayat lelaki tidak dikenali ditemui berhampiran sungai Pangeran

KUCHING: Mayat seorang lelaki ditemui di sungai Pangeran berhampiran lorong Bukit Bayor 22 di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu sekitar jam 12.14 tengah hari tadi.

Susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya telah dikerahkan ke lokasi bagi operasi mengeluarkan mayat dari sungai berkenaan.

“Setibanya di lokasi pasukan bomba terus berusaha mengeluarkan mayat tersebut ke tebing untuk dibawa ke darat,” jelas kenyataan itu.

Setakat ini identiti mayat belum lagi dikenal pasti.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak