Merah 29, jingga 3, kuning 8 dan tiada daerah berstatus hijau

KUCHING: Daerah Lundu bertukar kepada status merah daripada jingga apabila sejumlah 43 kes jangkitan tempatan direkodkan di daerah itu dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah daerah berstatus merah meningkat kepada 29 daerah.

Bagaimanapun, JPBN mendedahkan daerah Saratok telah kembali status kuning dengan 11 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning sebanyak lapan daerah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, daerah Betong telah kembali ke status jingga daripada merah dengan 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Selain itu, daerah Tebedu pula telah bertukar kepada status jingga daripada status kuning setelah merekodkan sejumlah 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Jumlah daerah berstatus jingga sebanyak tiga daerah dan tiada daerah berstatus hijau,” jelasnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak