Pasukan bertanding setuju jadual baharu Liga M

PASUKAN Liga Malaysia (Liga M) bersetuju dengan jadual baharu yang dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), yang memberikan ruang masa yang mencukupi buat mereka, sebelum menyambung semula saingan pada bulan depan.

Jurulatih Petaling Jaya (PJ) City FC P. Maniam berpendapat, jadual tersebut adil untuk semua pasukan dan memberikan lebih masa untuk mempersiapkan diri, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

Dengan skuad ‘The Poenix’ itu belum lagi memulakan latihan secara ‘Camp Based Training’, beliau mengakui lebih banyak masa diperlukan untuk menghadapi baki saingan Liga Super 2021.

“Sebagai jurulatih, saya rasa jadual ini adalah seimbang memandangkan kita tahu skuad Harimau Malaya, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, juga ada tugas masing-masing.

“Selepas itu perlu kuarantin 14 hari lagi, jadi saya rasa tiada masalah untuk kita sambung balik perlawanan bermula 24 Julai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan MFL semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak