PdPR perlu pembaharuan

PUSA: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang terus digunakan berikutan pandemik masih belum reda sebenarnya memerlukan formula baharu yang lebih berkesan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Pusa Sahariya Tahot berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada ibu bapa.

Menurutnya, isu paling kerap disuarakan melibatkan pemahaman. “Harus diakui taraf pendidikan ibu bapa di luar bandar berbeza, maka ada yang mudah membantu anak-anak dalam PdPR dan ada yang sukar membantu lebih-lebih lagi melibatkan mata pelajaran yang berat.

“Maksudnya, bukan ibu bapa enggan membantu atau membimbing anak-anak, tetapi ada yang tiada berkemampuan.

“Ini cabarannya berbanding PdP biasa iaitu guru boleh menjelaskan terus kepada anak didik masing-masing,” katanya ditanya tentang PdPR yang akan digunakan selepas tamat cuti penggal, di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak