Pekerja industri di Samalaju bakal terima vaksinasi mulai minggu ini

BINTULU: Program Imunisasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri Samalaju dijangka akan bermula minggu ini.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr Melvin Chung Hsien Liang, pihaknya masih menunggu lampu hijau daripada Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Sarawak.

PPV Industri Samalaju menyasarkan golongan pekerja industri di kawasan perindustrian Samalaju.

Sebagai permulaan, katanya, sebanyak 6,000 dos vaksin Sinovac dibekalkan kepada PPV tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menjangka angka penerima akan meningkat kepada 9,000 orang sekali gus berharap ia dapat mencapai kapasiti maksima dalam membantu mempercepatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Bahagian Bintulu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak