Pencarian wanita warga emas diteruskan

BINTANGOR : Operasi mencari dan menyelamat seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di Bukit Tugung, Nanga Lijan, Julau terus dipergiatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, selain Bomba, operasi turut dibantu Angkatan Pertahana Awam ( APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat , Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

Katanya, khidmat dua ekor anjing pengesan turut digunakan untuk membantu operasi yang bermula pada jam 9.00 pagi.

“Redius pencarian tertumpu di kawasan sejauh dua kilometer,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan penduduk kampung di Balai Polis Julau, mangsa hilang selepas mencari hasil hutan di bukit Tugung Ng Lijan,Julau.

“Mangsa, Ijah Lassa, 54, dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk mencari umbut. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 3.00 petang Rabu lalu.

“Susulan itu, satu laporan Polis dibuat sebelum operasi SAR dilancarkan,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak