Petronas catat peningkatan keuntungan pada Q1 2021

KUALA LUMPUR: Keuntungan suku pertama Petronas meningkat dua kali ganda apabila syarikat itu meraih keuntungan bersih RM9.3 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2021.

Keuntungan itu lebih tinggi berbanding RM4.5 bilion yang dicatat pada suku sama tahun lalu dan datang daripada kos kumpulan yang lebih rendah, kata syarikat minyak nasional itu.

Petronas meraih pendapatan lebih rendah – RM52.5 bilion, susut 12 peratus daripada RM59.6 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan itu lebih rendah disebabkan penurunan jumlah jualan produk petroleum, gas asli cecair (LNG) dan gas asli, ditambah dengan kesan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pendapatan sebelum faedah, cukai susut nilai dan pelunasan naik 13 peratus kepada RM22.9 bilion daripada RM20.3 bilion diraih pada suku sama tahun lalu.

Aliran tunai daripada aktiviti operasi berada pada RM14.3 bilion, susut 19 peratus daripada RM17.6 bilion, kebanyakan disebabkan inventori lebih tinggi dan jualan lebih rendah.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Jun 2021

Suara Sarawak