PKPD: Dua di Bintulu dan satu di Bau hari ini

KUCHING: Tiga kawasan penempatan iaitu dua di Bintulu dan satu di Bau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media hari ini berkata, PKPD di Kuarters Pekerja Ladang Semai Mekar, Bintulu dan Kuarters GSS Port, Samalaju, Bintulu dikenakan bermula 15 hingga 28 Jun ini.

Manakala katanya, PKPD di Kampung Serikin, Bau dikenakan bermula 17 hingga 30 Jun ini.

Sementara itu, PKPD di 11 kawasan rumah panjang ditamatkan bermula hari ini.

“Bagi PKPD di Kampung Hulu Tambak, Betong, Rumah Tajai, Nanga Sebiro, Balleh, Bukit Mabong, Rumah Nyamuk, Sg Serau, Sg. Gaat, Bukit Mabong Rumah Empawie, Sungai Yong, Kapit Rumah Ngelai Sungai Tisa, Sg. Yong, Kapit, Rumah Laso, Nanga Entawau, Balleh, Bukit Mabong, Rumah Rentap, Nanga Entawau, Balleh, Bukit Mabong, Rumah Setia, Sembayang, Sri Aman dan Rumah Senah, Sembayang Ban, Sri Aman ditamatkan pada hari ini (16 Jun)

“PKPD di dua buah rumah panjang lagi iaitu Rumah Sebastian Ngalang, Batu 6, Jalan Oya, Sibu dan Rumah Jalin, Sungai Masit, Julau masing-masing ditamatkan pada 17 dan 18 Jun,” jelasnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak