Polis cari banduan lari

SIBU: Orang ramai diminta untuk menghubungi pihak polis sekiranya mengetahui atau ternampak Lee Ka Yieng yang lari dari penjara di sini, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, maklumat mengenai suspek telah pun disebarkan dalam media sosial bagi perhatian orang ramai.

Kata beliau, suspek merupakan orang yang paling dikehendaki serta menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya terjumpa suspek.

 

“Terus menghubungi pihak polis atau balai berdekatan sekiranya anda tahu kedudukan suspek.

“Usaha mengesan suspek masih lagi giat dijalankan dengan memperketatkan sekatan jalan raya (SJR) sedia ada ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” tegasnya.

Suspek berusia 49 tahun berjaya melarikan diri dari Penjara Sibu sekitar jam 12.30 tengah hari pada 30 Mei lalu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak