PPV di Bintulu ditambah

BINTULU: Dua lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bakal diaktifkan dalam masa terdekat bagi mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 di bahagian Bintulu.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing berkata PPV itu masing- masing di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) dan Pusat Sukan Kidurong BDA.

Menurut beliau, PPV Auditorium BDA khusus untuk golongan peniaga dan penjaja Pasar Utama Bintulu, Pasar Malam Bintulu dan Pasar Tamu Bintulu termasuk keluarga mereka manakala PPV Pusat Sukan Kidurong BDA untuk penduduk di kawasan Sungai Plan dan RPR Kidurong Fasa 1 hingga Fasa 5.

Beliau berkata pihaknya telah mencadangkan(PPV) kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak untuk mendapatkan kelulusan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19(CITF) Sarawak.

“Apabila venue(PPV) diluluskan, ia akan mempercepatkan kelancaran program vaksinasi bagi bahagian Bintulu, ujarnya pada sidang media hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak