PPV Klinik Perubatan Batu 10 mula beroperasi esok

PADAWAN: Klinik Perubatan Batu 10 milik Adun Mambong, Datuk Dr Jerip Susil akan memulakan pemberian vaksin Covid-19 kepada penduduk di kawasannya, esok.

Menurut Menteri Muda Pengangkutan itu, pemberian vaksin tersebut melibatkan penduduk kampung di sepanjang Jalan Mambong berdasarkan senarai nama yang disediakan oleh Pejabat Kecil Daerah Padawan.

“Kita akan menumpukan kepada kampung yang berada luar dari Klinik Kesihatan Benuk seperti Kampung Stang, Kampung Bangau, Kampung Simboh, Kampung Sikog termasuk penduduk di sekitar Batu 10, Kota Padawan.

“Namun hanya 30 dos vaksin diberikan dalam satu hari,” kata Jerip pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Bra’ang Bayur, Jalan Puncak Borneo, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau memohon agar jumlah dos pemberian vaksin di kliniknya dipertingkatkan kepada 100 dos vaksin sehari kerana mempunyai kakitangan dan kemudahan yang mencukupi.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak