PPV Unimas sudah bersedia layani masyarakat

KOTA SAMARAHAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan mula beroperasi pada 14 Jun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, beliau sangat kagum dan yakin dengan kehebatan kumpulan di bawah kendalian Naib Canselor Unimas Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam pengurusan pusat tersebut.

Menurutnya, sistem pengurusan vaksinasi di Unimas diuruskan dengan kebolehan ketika berhadapan dengan krisis Covid-19.

“PPV Unimas ini juga dilengkapi dengan kerusi khas untuk memindahkan vaksin dan memberikannya kepada mereka yang duduk di kerusi roda, inovasi ini membantu dalam menggerakkan pesakit.

“Selain itu, ia juga melibatkan semua sumber di Unimas seperti sukarelawan, perubatan termasuk peralatan,” katanya.

Tambah Kui Hian, kumpulan berkenaan juga mampu membuat rancangan baik menggunakan pelan sehala dari pintu masuk ke kampus untuk meninggalkan pusat vaksinasi tersebut.

Katanya, penerima vaksin juga dinasihati untuk tidak sampai 30 minit awal kerana tidak mahu Kluster Vaksin wujud. “PPV Unimas ini juga akan mulakan pemberian vaksin pada skala kecil terlebih dahulu dan akan meningkatkannya dengan cepat.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Jun 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak