Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit akan diwujudkan di Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit bertaraf antarabangsa akan ditubuhkan di Sarawak mulai tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah langkah strategik Kerajaan Sarawak untuk memanfaatkan kekayaan biodiversiti di negeri ini.

“Tahun lalu kita putuskan untuk membina Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit yang mengguna pakai pakar dari Unimas dan antarabangsa.

“Maka, kita telah luluskan lokasinya berhampiran dengan Institut Jantung Kota Samarahan dengan kerjasama daripada badan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat PPV di Unimas di sini hari ini.

Suara Sarawak