SAHA berhasrat setanding sukan lain di Sarawak

PERSATUAN Bola Baling Sarawak (SAHA) berhasrat mahu memastikan pembangunan sukan bola baling di negeri ini berada pada tahap membanggakan seperti sukan lain yang sedia ada.

Justeru, langkah tepat bagi merealisasikan keinginan tersebut adalah menerusi pelaksanaan program di peringkat akar umbi.

Dengan kata lain, badan induk berkenaan bercadang menubuhkan ‘Akademi Bola Baling SAHA’ di seluruh negeri Sarawak.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung SAHA, Dr Abang Ismail Abang Haji Julhi kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, kesinambungan dalam melahirkan pemain pelapis untuk sukan bola baling penting bagi memastikan Sarawak mampu menjadi kuasa besar terhadap sukan terbabit pada masa akan datang.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak