SEDC sumbang RM2 juta kepada TBN

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menyumbangkan sebanyak RM2 juta kepada Tabung Bencana Negeri (TBN).

SEDC dalam satu kenyataan media berkata, SEDC merupakan agensi kerajaan pertama yang memberi sumbangan kepada tabung bencana tersebut.

Sumbangan cek itu diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika kunjungan hormat daripada Pengerusi SEDC Tan Sri Dr Abdul Aziz Husain di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Turut mengiringi Abdul Aziz ketika kunjungan tersebut ialah Pengurus Besar SEDC Abdul Hadi Abdul Kadir

Suara Sarawak