DARO: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Tebaang, petang semalam.
Kejadian kira-kira 5 petang itu turut merosakkan bumbung lima kediaman yang berhampiran.
Ketua Kampung, Drahman Libak berkata, ketika kejadian mangsa berada di dalam rumah masing-masing namun kesemua mereka terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Hujan disusuli dengan angin kencang menyebabkan sebahagian atap rumah mangsa rosak.
” Bagaimanapun, salah sebuah daripadanya rosak teruk apabila keseluruhan bahagian bumbung rumah mereka musnah, ” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi sempat meluangkan masa menemui mangsa.
Beliau memberi jaminan semua kerosakan akibat kejadian itu akan dibaikpulih dengan segera.
“Saya bersyukur semua mangsa selamat namun berharap mereka tabah atas dugaan yang menimpa,” ujarnya