Semua perlawanan Kuching City FC diteruskan tanpa penonton

KUCHING: Kesemua baki 10 perlawanan pusingan kedua kempen Liga Premier 2021 yang membabitkan pasukan Kuching City FC (KC FC) akan diteruskan tanpa penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC, Iswandi Ali Hassan memberitahu, keputusan beraksi tanpa penonton masih lagi kekal dan tiada sebarang perubahan sehingga kini.

“Tiada kemasukan penonton dibenarkan ke Stadium Negeri, Petra Jaya untuk kesemua perlawanan yang akan kami lalui kelak,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Menurut Iswandi, tiada masalah untuk pemainnya melalui situasi tersebut kerana semua perlawanan pusingan pertama yang diharungi sebelum ini juga berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Saingan pusingan kedua kempen Liga Premier 2021 akan bersambung 3 Julai depan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak