Sibu ganti Kuching ungguli positif Covid-19, 149 dari keseluruhan 569 kes hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan 569 kes baharu positif Covid-19 dengan empat kematian melibatkan warga emas, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 54,899.

“Setakat hari ini, daerah yang merekodkan jumlah tertinggi kes adalah Sibu (149), diikuti Kuching (110), Kapit (44), Miri (41), Bintulu (27), Samarahan (26), Tatau (22), Mukah (19), Bukit Mabong (17), Pakan (17).

“Manakala, Serian (16), Marudi (12), Subis (9), Sarikei (9), Julau (7), Song (7), Tebedu (7), Selangau (5), Bau (4), Asajaya (4), Lawas (4), Meradong (4), Beluru (3), Kanowit (3), Belaga (2) dan Sri Aman (1),” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan daripada empat kes kematian yang direkodkan hari ini dua dilaporkan di Hospital Kapit manakala masing-masing satu di Hospital Sibu dan Hospital Sarikei.

“Kesemua mangsa berusia antara 66 hingga 84 tahun yang melibatkan warga Sarawak.

“Susulan penambahan kes kematian akibat Covid-19 hari ini, ia menjadikan jumlah kes telah meningkat kepada seramai 346 orang,” ujarnya.

Menjelas lanjut, JPBN menyatakan setakat hari ini juga terdapat 346 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan sebanyak 44,720 orang atau 81.46 peratus individu sudah sembuh di negeri ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak